KENAPA HERBALIFE?

Syarikat Bertaraf Dunia yang Menyokong Perniagaan Anda
Herbalife beroperasi di lebih 90 negara di serata dunia dengan catatan jualan bersih berjumlah $4.8 bilion pada tahun 2013. Komitmen kami adalah untuk membantu orang ramai mencapai nutrisi yang baik dan kehidupan yang sihat dan aktif yang menyokong secara langsung matlamat-matlamat Ahli Bebas Herbalife kami untuk membina perniagaan mereka.

Model Pengedaran yang Telus
Kami adalah ahli persatuan-persatuan jualan langsung yang dihormati di serata dunia. Ganjaran kepada Ahli Bebas Herbalife adalah berdasarkan penjualan produk, dan membina perniagaan Herbalife memerlukan kemahiran, dedikasi, masa dan kerja keras.

Pelan Ganjaran yang Kompetitif
Ahli-ahli boleh memperoleh keuntungan runcit dan borong, serta pendapatan melalui Royalti Bertindan dan bonus. Pesanan yang berulang-ulang daripada pelangggan yang berpuas hati boleh membawa kepada pertumbuhan perniagaan Herbalife anda yang mampan.

Program Latihan untuk Membantu Anda Bermula dan Membina Perniagaan Anda Sendiri
Beberapa alatan pemasaran dalam talian dan penjualan serta acara latihan disediakan untuk menyokong perniagaan berdekatan dengan rumah anda dan di serata dunia. Kaedah perniagaan yang jelas, mudah direplikakan masih dihalusi dan diperbaik lagi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berkembang.

Produk Berasaskan Sains Nutrisi yang Terbukti
Di bawah bimbingan Kepimpinan Saintifik kami, kami berkomited terhadap kajian nutrisi dan pembangunan, program jaminan mutu yang ketat dan kawalan integriti produk dari Benih ke Mulut.

Perkongsian Olahraga Berprofil Tinggi
Kebolehlihatan jenama kami dipertingkat dengan signifikan melalui 250 penajaan acara sukan, pasukan dan olahragawan di seluruh dunia- bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo; MLS Champions, LA Galaxy; triatlet A.S. Heather Jackson; opemain golf Colombia Paola Moreno dan bintang kriket India, Virat Kohli; antara lain.

Komitmen Terhadap Tanggung Jawab Sosial
Yayasan Keluarga Herbalife dan program Casa Herbalife menyediakan dana untuk membantu memperbaik nutrisi kanak-kanak yang memerlukannya di lebih daripada 200 program Casa Herbalife di serata dunia. HFF juga turut menyokong usaha-usaha bantuan malapetaka.

Kenapa Herbalife? Ini adalah kerana produk-produk dan peluang perniagaan kami boleh membantu anda memperoleh kejayaan nutrisi dan peribadi.

Pendapatan tertakluk kepada individu (atau contoh) yang digambarkan dan bukannya pendapatan purata. Bagi data prestasi kewangan, sila rujuk kepada Penyata Purata Ganjaran Kasar yang dibayar oleh Herbalife di Herbalife.com dan MyHerbalife.com.

Herbalife adalah Ahli Berbangga dengan Persatuan Jualan Langsung dan Penandatangan DSA Kod Etika


ms-MY | 22/06/2017 13:22:22 | NAMP2HLASPX02